Google

Tuesday, March 18, 2008

Timbalan Ketua Menteri Pertama perlu bertanggung jawab nasib orang Melayu (Berita Harian)

Timbalan Ketua Menteri Pertama perlu bertanggung jawab nasib orang Melayu

Sumber : Berita Harian 19 Mac 2008

PULAU PINANG: Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang pertama baru dilantik Mohammad Fairus Khairuddin diharap bertanggungjawab dalam membela nasib orang Melayu dan masyarakat Islam selepas kerajaan pakatan DAP-PKR mentadbir negeri ini bebas daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Azhar Ibrahim berkata penghapusan 30 peratus kuota Bumiputera dalam pelbagai bidang bermakna orang Melayu terpaksa bersaing dengan kaum lain dalam semua aspek.

“Oleh kerana PKR menyokong tindakan DAP menghapuskan DEB, maka parti itu bertanggungjawab dengan kemusnahan masa depan orang Melayu.”


Tambahnya: “Inilah yang dikatakan menang sorak kampung tergadai dan orang Melayu yang menyokong DAP dan PKR juga perlu bertanggungjawab terhadap nasib keseluruhan Melayu di Pulau Pinang.”

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Mohamamd Fairus dari PKR sebagai Timbalan Ketua Menteri pertama dan ADUN Perai, Dr P Ramasamy sebagai Timbalan Ketua Menteri kedua, oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Lau Chiek Tuan berkata tindakan kerajaan DAP-PKR Pulau Pinang melantik dua timbalan ketua menteri membuktikan pakatan kedua-dua parti itu menghadapi tekanan daripada penyokong mereka.

“Ketika Barisan Nasional (BN) menerajui kerajaan negeri, kita hanya ada seorang timbalan sahaja dan ketika itu DAP tidak mengiktiraf jawatan timbalan ketua menteri.

“ Saya hairan kenapa sekarang bila mereka berkuasa, mereka terima pula jawatan itu, malahan melantik dua orang dan bukannya satu,” kata beliau.

Lau berkata tindakan melantik Adun dari kalangan kaum India sebagai Timbalan Ketua Menteri buat pertama kali juga memperlihatkan sikap kerajaan DAP-PKR cuba mengambil hati masyarakat India serta menarik sokongan rakyat.

“ Sebenarnya, kuasa Timbalan Ketua Menteri tidak banyak berbeza dengan exco dan di zaman BN dahulu, kita juga ada melantik seorang wakil masyarakat India untuk menganggotai barisan exco (iaitu Datuk P Subbaiyah).”

Beliau juga menegaskan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang baru ini tidak banyak berbeza daripada kerajaan BN lalu, dan mereka hanya meniru apa yang sudah dilakukan.

Bekas atlit kebangsaan, K Kandiah, 55, berkata beliau gembira dengan pelantikan Ramasamy dan berharap beliau dapat mengatasi masalah dihadapi oleh masyarakat India di negeri ini. — Bernama

Ahli-ahli Parlimen Umno memberontak (Harakah Daily)

Rabu 19 Mac 2008 | 11 Rabi'ul Awal 1429 Hijrah
Ahli-ahli Parlimen Umno memberontak
Abdul Halim Mohd Rashid

Sumber : Harakah Daily Wed | Mar 19, 08 | 5:12:38 am MYT

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Hrkh) - Lima Ahli Parlimen Umno, termasuk seorang menteri dan tiga timbalan menteri, sedang �memberontak� kerana tidak puas hati dengan perlantikan kabinet baru oleh Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Parlimen Malaysia (BBC), Datuj Ruhanie Ahmad menyatakan, dua daripada Ahli Parlimen berkenaan dipercayai akan menolak perlantikan mereka yang diumumkan oleh Abdullah pada semalam.

Bagaimanapun, kata Ruhanie dalam blognya kuda-kepang.blogspot.com, dua Ahli Parlimen itu tidak akan mengosongkan kerusi parlimen mereka yang dimenangi dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Bagaimanapun, katanya lagi, dua orang lagi bukan sahaja dijangka menolak perlantikan malah mungkin juga mengosongkan kerusi parlimen masing-masing.

Seorang daripada mereka pula dikatakan akan memutuskan selepas satu sidang akhbar di PWTC hari ini, sama ada akan mengosongkan kerusi parlimen yang dimenanginya baru-baru ini dan juga melepaskan jawatannya di dalam UMNO Malaysia, kata Ruhanie.

Menurut beliau, kesemua Ahli Parlimen yang �memberontak� ini dikatakan menuding jari kepada Ahli Parlimen Rembau yang tidak dipercayai kemenangannya, Khairy Jamaluddin sebagai individu yang telah memanipulasikan senarai perlantikan kabinet yang diumumkan oleh Abdullah.

Mereka menyifatkan sebilangan besar muka-muka baru yang dilantik ke jawatan menteri penuh dipercayai adalah kroni-kroni menantu Perdana Menteri itu, kata Ruhanie lagi.

Beliau juga mengemukakan beberapa persoalan berkaitan kabinet baru itu.

"Adakah kabinet Abdullah kali ini merupakan kabinet yang diramalkan oleh buku The Toyol Code tulisan saya?

"Mungkinkah �pemberontakan� ini akan diikuti oleh lebih ramai lagi Ahli Parlimen Umno?

"Mungkinkah Ahli Parlimen Umno yang �memberontak� tidak akan mengosongkan kerusi masing-masing, tetapi terus melompat ke pihak parti pembangkang?

"Dan, jika berlaku �exodus� Ahli Parlimen UMNO ke pihak pembangkang, mungkinkah tidak lama lagi pihak pembangkang pula yang akan menubuhkan kerajaan di peringkat pusat?"

Kabinet 08 - Abdullah ketepi sensitiviti rakyat(Harakah Daily)

Kabinet 08 - Abdullah ketepi sensitiviti rakyat
Abdul Halim Mohd Rashid

Sumber :Wed | Mar 19, 08 | 5:35:10 am MYT

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Hrkh) - Kabinet baru yang dilantik oleh Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengetepikan sensitiviti rakyat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa.

Kabinet tersebut, katanya, ialah kabinet yang "terlebih 'Abdullah's flavour' dan tak ambil kira sensitiviti rakyat".

Tindakan Abdullah mengetepikan sensitiviti rakyat, kata Exco kerajaan negeri Kelantan itu, dapat dilihat dengan jelas apabila Perdana Menteri yang dituntut berundur itu melantik mereka "yang pernah didakwa di dalam parti dan mahkamah".

Beliau menjangka beberapa orang yang dilantik di dalam kabinet itu akan menolak perlantikan.

"Dia (Abdullah) akan jatuh," itulah kata-kata pertama Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar ketika diminta mengulas kabinet yang dilantik oleh Abdullah.

"Kapal yang nak karam tu..." katanya lagi mengenai Abdullah dan kabinetnya.

Mahfuz bagaimanapun mengingatkan rakyat terutama orang-orang Melayu supaya jangan melayan apa jua hasutan supaya mereka mencetuskan suasana yang mengancam keselamatan.

"Satu-satunya jalan bagi Abdullah untuk menyelamatkan dirinya ialah dengan mengisytiharkan pemerintahan Mageran seperti yang dilakukan selepas peristiwa 13 Mei 1969 lalu.

"Jika tidak, dia akan jatuh kerana semakin ramai tokoh-tokoh Umno yang bergerak dan berkempen di seluruh tanah air untuk memaksa beliau berundur. Abdullah semakin hilang sokongan dari Umno sendiri.

"Sebab itulah Abdullah memerlukan suasana yang memberikan peluang kepadanya mengisytiharkan Mageran untuk terus berkuasa dan rakyat mestilah menolak apa jua hasutan untuk mengancam keselamatan dan ketenteraman awam," katanya lagi.

Bagaimanapun, beliau yakin rakyat semakin bijak kerana dua isu yang digunakan untuk mencetuskan huru-hara seperti isu Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan isu penderhakaan kepada Sultan Perak bukan sahaja tidak dipedulikan oleh rakyat malah mereka yang terlibat dengan tunjuk-tunjuk perasaan mengenai isu-isu tersebut diejek dan dicerca oleh rakyat.

Kabinet cetus pembaharuan (Berita Harian)

Sumber : Berita Harian Rabu, 19 Mac 2008



Kabinet cetus pembaharuan

Oleh Wan Hazmir Bakar, Shamshul Azree Samshir dan Abdul Razak Raaff

PUTRAJAYA: Kabinet baru Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menyaksikan keanggotaan lebih kecil dengan separuh daripadanya muka baru serta pengguguran tujuh menteri, sama ada yang sudah lama berkhidmat, tidak berkesan atau mencetuskan kontroversi.

Walaupun beberapa parti komponen Barisan Nasional (BN) kalah teruk pada pilihan raya umum lalu, pentadbiran baru itu mengekalkan keseimbangan kaum dengan lebih ramai wakil dari Sabah dan Sarawak serta reformis dan teknokrat dilantik menyertai Kabinet.

Malah, senarai Kabinet baru itu menggambarkan tekad Perdana Menteri untuk membuat perubahan dengan mengambil kira pandangan dan suara pengundi pada pilihan raya umum lalu yang hampir separuh daripadanya memilih menentang BN hingga mengakibatkan kekalahan paling teruk gabungan itu sejak 1969.


Semua jawatan Setiausaha Parlimen dimansuhkan bagi memastikan menteri dan timbalan menteri bekerja lebih keras termasuk menghadiri sidang Parlimen.

Pada sidang media khas di Bangunan Perdana Putra di sini yang disiarkan secara langsung menerusi RTM dan TV3, Abdullah mengumumkan keanggotaan pentadbiran baru kali ini dikurangkan daripada 90 kepada 68 anggota.

Ia kini dianggotai 31 menteri dan 37 timbalan menteri, berbanding 31 menteri, 39 timbalan menteri dan 20 Setiausaha Parlimen sebelum ini.

Abdullah juga merombak Kabinet yang diwarisi daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2003, yang sebelum ini hanya dilakukannya secara



LIHAT MUKA 2

DARI MUKA 1



minimum di sebalik kemenangan besarnya pada pilihan raya umum 2004.

Muka lama yang tidak disenangi pengundi seperti Datuk Seri S Samy Vellu dan menteri yang tidak popular tetapi masih dicalonkan seperti Datuk Seri Zainuddin Maidin dan Datuk Aziz Shamsuddin, kini tidak lagi disenaraikan dalam barisan Kabinet.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz, yang sudah lama berkhidmat dalam Kabinet, digugurkan. Begitu juga dengan Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor yang mencetuskan kontroversi apabila dikaitkan dalam kes klip video Lingam walaupun beliau menafikan segala dakwaan terhadapnya.

Selain Rafidah dan Tengku Adnan, lima lagi menteri yang menang pada pilihan raya umum lalu - Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, Datuk Dr Abdullah Md Zin, Datuk Seri Dr Fong Chan Onn serta dua menteri dari Perlis yang terbabit dalam krisis kepimpinan di negeri kecil itu, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, Datuk Seri Azmi Khalid, turut digugurkan.

Malah, Perlis yang sebelum ini mempunyai wakil terbesar dari segi peratusan, tidak mendapat satu kerusi pun dalam Kabinet.

Bagi mengisi kekosongan itu, Abdullah melantik enam muka baru termasuk seorang tokoh perbankan, Datuk Amirsham A Aziz dan peguam terkemuka, Datuk Mohd Zaid Ibrahim, manakala lapan timbalan menteri dan dua Setiausaha Parlimen dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh.

Amirsham - Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank, bertanggungjawab dalam perancangan ekonomi, manakala Mohd Zaid diberi peranan mengubah badan kehakiman. Kedua-duanya dilantik sebagai Menteri di JPM dan mengangkat sumpah sebagai senator petang semalam.

Dua ahli politik veteran - bekas Menteri Besar Selangor, Senator Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Ahli Parlimen Johor Bahru yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Shahrir Abdul Samad turut disenaraikan dalam barisan Kabinet kali ini.

Muhammad dilantik sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, manakala Shahrir menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

MCA yang kehilangan banyak kerusi Parlimen, masih mendapat empat jawatan menteri, termasuk satu diisi seorang muka baru - Ahli Parlimen Tanjong Malim, Datuk Ong Ka Chuan (Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

Tiga lagi diisi timbalan menteri yang dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh. Mereka ialah Datuk Ong Tee Keat dilantik (Pengangkutan), Datuk Dr Ng Yen Yen (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Datuk Liow Tiong Lai (Kesihatan).

MIC yang kalah teruk pada pilihan raya lalu, juga masih mendapat satu jawatan menteri, diisi bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr S Subramaniam. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Menteri Sumber Manusia.

Gerakan pula tidak mempunyai seorang pun wakil dalam Kabinet. Bagaimanapun, seorang Ahli Parlimen dan seorang senator dari parti itu dilantik sebagai timbalan menteri.

Barisan Kabinet kali ini juga menyaksikan hanya dua wanita dilantik sebagai menteri - Datuk Seri Azalina Othman Said yang bertukar portfolio daripada Kementerian Belia dan Sukan ke Kementerian Pelancongan dan Dr Ng, menteri wanita pertama dari MCA.

Lima lagi wanita dilantik timbalan menteri. Pentadbiran sebelum ini mempunyai tiga menteri wanita, tiga timbalan menteri dan enam Setiausaha Parlimen.

Bekas Setiausaha Parlimen di JPM, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, yang tidak bertanding pada pilihan raya umum lalu dilantik sebagai Timbalan Menteri di JPM dan turut mengangkat sumpah sebagai senator, petang semalam.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berasingan pula mengumumkan, Abdullah akan melantik Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai Penasihat Khas bertaraf menteri kepada Perdana Menteri berhubung Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial.

Shahrizat tidak disenaraikan dalam barisan Kabinet baru kerana tewas pada pilihan raya umum lalu.

Sabah yang kekal sebagai kubu BN, mendapat tambahan dua timbalan menteri menjadikannya empat, selain mengekalkan tiga jawatan menteri - Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Menteri di JPM), Datuk Mohd Shafie Apdal (bertukar portfolio ke Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan) dan Datuk Dr Maximus Ongkili (bertukar portfolio ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi).

Sarawak mendapat tambahan empat timbalan menteri menjadikannya lapan, manakala jawatan menteri kekal dua - Datuk Peter Chin Fah Kui (Perusahaan Perladangan dan Komoditi) dan Datuk Douglas Uggah Embas (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar).

Abdullah yang hanya mengekalkan satu portfolio - Menteri Kewangan, berkata senarai Kabinet baru itu sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pagi semalam.

Tujuh menteri mengekalkan portfolio masing-masing, manakala lapan bertukar kementerian.

Selain Datuk Seri Najib Razak yang dikekalkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, menteri lain yang mengekalkan portfolio masing-masing Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Bernard Dompok Menteri di JPM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Menteri Kewangan II), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Pelajaran), Datuk Seri Zulhasnan Rafique (Wilayah Persekutuan) serta Peter Chin (Perusahaan Perladangan dan Komoditi).

Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar pula bertukar ke Menteri Dalam Negeri yang diwujudkan semula dengan menggabungkan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

Abdullah turut menyerapkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di JPM ke Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang kini dikenali sebagai Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin pula bertukar portfolio daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kepada Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Dr Rais Yatim (Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kepada Menteri Luar), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Pembangunan Usahawan dan Koperasi kepada Pengajian Tinggi) dan Datuk Mustapa Mohamed (Pengajian Tinggi kepada Pertanian dan Industri Asas Tani).

SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA 2008


Sumber : Berita Harian, Selasa 8 Mac 2008

Senarai penuh Kabinet



PERDANA Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menunjukan senarai nama anggota Kabinet baru yang diumumkan

PUTRAJAYA: Berikut senarai Jemaah Menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad hari ini:

Perdana Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Razak

JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Menteri : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri : Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Menteri : Datuk Zaid Ibrahim (senator)
Menteri : Datuk Amirsham A Aziz (senator)
Timbalan : Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator)
Timbalan : S K Devamany
Timbalan : Datuk Hasan Malek


KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri : Datuk Seri Syed Hamid Albar
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan : Datuk Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Anifah Aman



KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri : Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : A Kohilan Pillay (senator)

KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI
Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Liew Vui Keong
Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Shahrir Abdul Samad
Timbalan : Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri : Datuk Hishammuddin Hussein
Timbalan : Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Razali Ismail

KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Menteri : Datuk Mohd Shafie Apdal
Timbalan : Teng Boon Soon

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan : Datuk Noraini Ahmad

KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Fadillah Yusof

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Ong Ka Chuan
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew
Timbalan : Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Datuk Seri Najib Razak
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan : Joseph Entulu Belaun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN
MASYARAKAT

Menteri : Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan : Noriah Kasnon

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri : Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Zulhasnan Rafique
Timbalan Menteri : Datuk M Saravanan

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan Menteri : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri : Datuk Idris Haron

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri : Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh

Bernama

Separuh anggota Kabinet muka baru

Sumber : Berita Harian, selasa 18 Mac 2008.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri hari ini mengumumkan barisan Kabinet baru tanpa lapan menteri lama yang menang pada pilihan raya umum lalu, selain melantik dua senator sebagai Menteri.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, separuh daripada anggota pentadbirannya kali ini terdiri daripada muka baru.

Barisan pentadbiran baru Abdullah adalah berasaskan "semangat perkongsian kuasa dan setia kawan Barisan Nasional" yang mampu melaksanakan agenda kerajaan dengan lebih berkesan.

Abdullah sendiri mengekalkan portfolio sebagai Menteri Kewangan, manakala Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak juga kekal Menteri Pertahanan.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang menang kerusi Parlimen Tasek Gelugor, kekal Menteri Kewangan II.

Dua yang dilantik sebagai senator ialah Datuk Zaid Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Amirsham A Aziz, kedua-duanya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Zaid, peguam terkemuka serta bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, dipertanggungjawabkan untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem kehakiman, manakala Amirsham akan mengetuai Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Tiga lagi menteri di JPM ialah Tan Sri Bernard Dompok, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Lapan menteri yang tidak tersenarai ialah Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz yang dulunya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Dalam Negeri); Datuk Seri Azmi Khalid (Sumber Asli dan Alam Sekitar); Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis (Sains, Teknologi dan Inovasi); dan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor (Pelancongan).

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting tidak disenaraikan selepas beliau meminta supaya tidak dipilih semula bagi menumpukan usaha kepada mengukuhkan kembali MCA.

Bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Fong Chan Onn juga tidak dilantik semula.

Keseluruhannya, jumlah anggota pentadbiran Abdullah yang baru berkurangan daripada 90 orang sebelum ini kepada 69 orang saja setelah jawatan Setiausaha Parlimen dimansuhkan.

Perdana Menteri berkata, dengan pemansuhan jawatan Setiausaha Parlimen, menteri dan timbalan menteri perlu bekerja lebih keras.

Kabinet baru juga menyaksikan Ketua Penerangan Umno, Senator Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, dilantik menjadi Menteri selepas 11 tahun meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, dengan memegang portfolio Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan pada 1987, Datuk Shahrir Samad juga kembali menganggotai jemaah menteri sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Menteri baru yang dilantik ialah Datuk Ahmad Shabery Cheek (Penerangan), Datuk Shaziman Abu Mansor (Tenaga, Air dan Komunikasi), Datuk Liow Tiong Lai (Kesihatan), Datuk Dr S Subramaniam (Sumber Manusia), Datuk Douglas Uggah Embas (Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Ong Tee Keat (Pengangkutan), Datuk Dr Ng Yen Yen (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Datuk Noh Omar (Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Datuk Ir Mohd Zin Mohamed (Kerja Raya), Datuk Ong Ka Chuan (Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

Ahli Parlimen Bera, Datuk Ismail Sabri Yaakob, 48, adalah muka baru yang dilantik terus sebagai menteri penuh iaitu memegang portfolio Belia dan Sukan.

Abdullah juga mengumumkan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri digabungkan dengan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri menjadi Kementerian Dalam Negeri, diketuai bekas Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar.


Selain itu, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di JPM diserapkan ke dalam Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang kini dikenali sebagai Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang akan diketuai Datuk Mohd Shafie Apdal, dulunya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Banyak perubahan dilakukan Abdullah dalam Jemaah Menteri kali ini yang menurutnya bertujuan untuk menjadikan jentera kerajaan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan. - Bernama

Monday, March 17, 2008

Keputusan Pilihanraya ke-12 2008

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA 2008

NEGERI PARLIMEN DUN
BN PEMBANGKANG BEBAS BN PEMBANGKANG BEBAS
W.P. KL 1 10 0 0 0 0
W.P. PUTRAJAYA 1 0 0 0 0 0
W.P. LABUAN 1 0 0 0 0 0
PERLIS 3 0 0 14 1 0
KEDAH 4 11 0 14 21 1
PENANG 2 11 0 11 29 0
PERAK 13 11 0 28 31 0
SELANGOR 5 17 0 20 36 0
NEGERI SEMBILAN 5 3 0 21 15 0
MELAKA 5 1 0 23 5 0
JOHOR 25 1 0 50 6 0
KELANTAN 2 12 0 6 39 0
TERENGGANU 7 1 0 24 8 0
PAHANG 12 2 0 37 4 1
SARAWAK 30 1 0 0 0 0
SABAH 24 1 0 59 1 0
JUMLAH 140 82 0 307 196 2